Image Banner

ISRAK MIKRAJ DISAMBUT DENGAN PENGHAYATAN IBADAH DAN KEPENTINGAN SOLAT

Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan peristiwa agung dalam sejarah Islam yang menjadi asas pensyariatan solat lima waktu. Sempena memperingati peristiwa ini, kita perlu mengambil peluang untuk meningkatkan penghayatan rohani serta kefahaman pelajar terhadap kepentingan solat dalam kehidupan seharian.

Antara pengisian yang boleh dilaksanakan termasuk tazkirah peringatan, penerangan mengenai peristiwa Israk Mikraj serta penekanan terhadap kewajipan menjaga solat. Program sebegini bertujuan menyemai kesedaran dalam diri  agar menjadikan solat sebagai keutamaan dan tiang utama dalam pembentukan sahsiah Muslim.

Pihak sekolah berharap sambutan Israk Mikraj ini dapat memberi kesan positif kepada pelajar untuk terus istiqamah dalam ibadah, seterusnya membentuk peribadi yang berdisiplin, beriman dan berakhlak mulia selaras dengan objektif pendidikan Islam.

LAGI

BULAN REJAB DISAMBUT DENGAN PENGHAYATAN NILAI KEROHANIAN.

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada bulan yang mulia dalam Islam dan menjadi medan terbaik untuk memperkukuh amalan kerohanian . Seiring kedatangan bulan ini, pihak sekolah terus mengambil inisiatif mempertingkatkan kesedaran ibadah serta penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Antara pengisian yang boleh dilaksanakan solat berjemaah secara konsisten serta peringatan mengenai kelebihan bulan-bulan haram. Usaha ini bertujuan membentuk jiwa agar lebih dekat dengan Allah SWT serta mengamalkan akhlak mulia dalam setiap aspek kehidupan.

Penghayatan Bulan Rejab ini dapat menjadi titik permulaan kepada peningkatan amalan ibadah secara berterusan, seterusnya melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani, emosi dan sahsiah.

LAGI

JHEAINS PERKUKUH HALA TUJU STAM PENDAFTARAN PELAJAR TAMHIDI STAM SESI 2026

Gemencheh | 19 Januari 2026
Institut Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) hari ini menjadi lokasi pendaftaran pelajar Program Tamhidi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bagi sesi akademik 2026, melibatkan pelajar lepasan SABP Maahad Ahmadi Negeri Sembilan serta calon luar yang terpilih.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Amir Intizam bin Othman, Pengetua Maahad Al-Murtadza (MAAMUR), yang merakamkan penghargaan kepada JHEAINS atas kepercayaan dan kerjasama berterusan. MAAMUR ketika ini menggunakan kemudahan ITQAN secara sementara bagi pelaksanaan Program Tamhidi STAM sebelum penempatan di kampus tetap yang dijadualkan siap pada Februari 2026.
 
Majlis pendaftaran seterusnya telah disempurnakan oleh Tuan Amiza Khusyri bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan JHEAINS yang mewakili Pengarah JHEAINS yang turut menyampaikan amanat kepada para pelajar berhubung kepentingan kesungguhan menuntut ilmu, penguasaan bahasa Arab serta pemantapan disiplin diri sebagai asas kecemerlangan pelajar STAM.
 
Bagi sesi akademik 2026, sebanyak 120 tempat telah ditawarkan melibatkan 70 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan, hasil pemilihan daripada permohonan calon luar serta pelajar sedia ada SABP Maahad Ahmadi Negeri Sembilan.
 
Program Tamhidi STAM JHEAINS bertujuan memperkukuh asas akademik dan pembinaan sahsiah pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STAM, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi ulama profesional yang mampu menyumbang kepada pembangunan agama, masyarakat dan negara.
 
SUMBER : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

 

LAGI

PENGARAH JHEAINS LAWAT MAAHAD AL-MURTADZA (MAAMUR) TINJAU PERKEMBANGAN PROJEK

𝐓𝐀𝐌𝐏𝐈𝐍, 12 Januari 2026 – Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan lawatan kerja ke Maahad Al-Murtadza (MAAMUR) hari ini bagi meninjau perkembangan terkini projek pembangunan Kompleks MAAMUR. Turut hadir YBrs. Ketua Penolong Pengarah Kanan Pendidikan, JHEAINS, Encik Amiza Khusyri bin Yusof.
 
Lawatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan serta menepati skop dan kualiti yang ditetapkan. Projek pembangunan Kompleks MAAMUR tersebut melibatkan kos keseluruhan sehingga RM13 juta dan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam memperkukuhkan prasarana pendidikan agama negeri.
 
Beliau turut menyatakan harapan agar Kompleks MAAMUR yang dibangunkan ini akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik pelajar khususnya dalam bidang pengajian Islam, selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sembilan untuk melahirkan modal insan berilmu, berakhlak dan berdaya saing di peringkat kebangsaan.
 
Lawatan ini diakhiri dengan sesi peninjauan bangunan yang telah siap dibina serta perbincangan ringkas bersama Pengetua dan pihak pengurusan sekolah.
 
 
Sumber : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)

 

LAGI

Image News
Image News

Image Banner